Posts

SAINS TAHUN 3 - UNIT 3 : MANUSIA

Image
   (A) Jenis dan Struktur Gigi  JOM TONTON VIDEO INI DAHULU ! Manusia mempunyai tiga jenis gigi: Gigi kacip: Memotong makanan. Gigi taring: Mengoyakkan makanan. Gigi geraham: Melumatkan makanan. gambar rajah 1 : gigi kacip gambar rajah 2 : gigi taring gambar rajah 2 : gigi geraham Sekiranya sebatang gigi dibuat keratan rentas, struktur gigi dari luar ke dalam ialah: (i) enamel, (ii) dentin, (iii) gusi, (iv) saraf dan ​(v) salur darah.   Terdapat dua set gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal. Kedua-dua set gigi mempunyai jenis gigi yang sama, iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham. Perbezaan antara set gigi susu dan set gigi kekal:  gambar rajah 4 : set gigi susu dan set gigi kekal Cara penjagaan kesihatan gigi: Berkumur dapat mengeluarkan sisa makanan yang terlekat pada celah gigi. Gigi diberus menggunakan ubat gigi yang digosokkan di setiap permukaan gigi. Beruslah gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Untuk menggunakan flos, selitkan tali flos di celah gigi dan gerakkannya